Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

@PDRMsia Harus Waspada, Malam Ini Masjid Di Pulau Pinang Pula Akan Di Bom!!!? @Zahid_Hamidi @dzainalabidin

$
0
0
Kenyataan Yang Boleh Menimbulkan Ketegangan Agama Yang Disebarkan Melalui Facebook

Pada hemat admin, seharusnya sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang individu berhubung sesuatu perkara yang berpotensi menjurus ke arah ketegangan kaum dan agama, ianya seharusnya diselidik dengan lebih mendalam.

Sejujurnya, ramai rakan admin yang tinggal dinegeri berhampiran Pulau Pinang diberitakan sudah ada yang bergerak kenegeri ini untuk mendapatkan kepastian.

Bagi meredakan keadaan, admin ingin memaklumkan bahawa kenyataan di atas adalah TIDAK BENAR!!! 

Untuk makluman, gambar yang disertakan pemilik akaun facebook tersebut bukanlah satu perhimpunan di beberapa masjid tumpuan seperti yang diwar- warkan.

Perhimpunan sebenar hanya diadakan di Masjid Bayan Baru dan kemudian para peserta berarak beramai- ramai ke Balai Polis Bayan Baru untuk membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menggantungkan kain rentang berkaitan kalimah Allah dan seolah- olah cuba mengaitkannya dengan pihak gereja.

Kain rentang yang dimaksudkan.

Berikut adalah sebahagian gambar himpunan tersebut;


 



Malahan, berdasarkan artikel dari sahabat blogger Empayar Pemuda (klik sini), mereka hanya berkumpul dan sama- sama membuat laporan polis.

Berdasarkan semakan terkini, admin dimaklumkan bahawa lokasi yang dimaksudkan sudah lengang tanpa ada kelibat peserta.

Admin berharap, jangan ada lagi yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan kenyataan berbaur provokasi selepas ini.

Admin tidak pula mahu menyalahkan pemilik akaun tersebut kerana mungkin atas dasar cintakan agama, maka status itu tergesa- gesa dibuat selepas dimaklumkan rakan- rakan yang juga tersalah faham.

Namun begitu, admin ingin menasihatkan agar kita lebih berhati- hati dalam menyuarakan sesuatu yang sensitif seperti ini dikemudian hari.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400