Anwar Ibrahim semakin menunjukkan taringnya lantaran lemahnya penguatkuasaan terhadap beberapa isu berbangkit mengenai gereja dan bible.
Semalam, melalui pertemuan Anwar bersama penduduk Permatang Pauh, beliau mendedahkan kesemuanya.
![]() |
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prk-dun-kajang-memang-dirancang-kata-anwar-ibrahim |
Antara alasan yang digariskan Anwar berhubung pengosongan kerusi DUN Kajang adalah seperti di bawah;
Apakah sebenarnya yang mahu diperjuangkan Anwar?
Jika diimbas kembali perkara- perkara berbangkit berhubung gereja dan bible di Selangor, mungkinkah Anwar mahu memperjuangkan Kalimah Allah dari digunapakai pihak tersebut?
Berdasarkan kenyataannya di atas, jelas digambarkan seolah- olah Khalid Ibrahim gagal untuk menangani isu berbangkit berhubung gereja dan bible.
Bukankah Selangor sudah mempunyai exco agamanya sendiri? Apakah Anwar mahu mengambil alih portfolio yang dimaksudkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan?
Anwar pernah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tetap berpegang dengan pendirian yang diungkapkan mereka berhubung penggunaan kalimah Allah terhadap kristian.
Mungkinkah perancangan meletakkan Anwar sebagai calon di N25, Kajang adalah bertujuan untuk menghadirkan impak tekanan yang lebih kuat terhadap Khalid Ibrahim berhubung perkara yang sama sekiranya beliau menang?
Ini adalah kerana Khalid Ibrahim sendiri pernah menegaskan bahawa beliau akan berbincang dengan pihak gereja berhubung ketetapan Kalimah Allah seperti yang dititahkan baginda Sultan Selangor.
Adakah kronologi serbuan Exco Agama terhadap DUMC dan rampasan bible berbahasa melayu oleh Jabatan Agama Islam juga mahu digambarkan Anwar sebagai permasalahan besar yang gagal ditangani Khalid selaku Menteri Besar?