Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

#GST : @NajibRazak @ahmadmaslan @tunfaisal @drnovandri Senangnya Menteri Kabinet Diperbodohkan.

$
0
0


Sebelum admin memulakan bicara, izinkan admin mengucapkan terima kasih kepada individu- individu yang terlibat secara langsung dalam himpunan bantahan GST semalam kerana secara tidak langsung mereka menyedarkan admin kepada suatu yang selama ini tersembunyi rapat di dalam pekung kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, melalui barisan menteri kabinetnya pernah menggambarkan kesediaan rakyat untuk menerima perlaksanaan sistem percukaian GST bagi menggantikan sistem SST sediada.

Ianya dibuktikan melalui keratan akhbar berikut;



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek melalui kenyataannya menyatakan bahawa 80 peratus rakyat Malaysia faham akan sistem GST yang bakal dilaksanakan.

Persoalannya, dari manakah jumlah peratusan itu diperolehi? Apakah ianya berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak- pihak tertentu?

Admin sendiri pernah terbaca berhubung peruntukan sebanyak RM 17juta bagi mempromosikan GST agar lebih ramai rakyat memahami berhubung cara perlaksanaannya ( klik sini ). Apakah jumlah peratusan sebanyak 80 peratus itu diperolehi dari mereka- mereka yang mendapat keuntungan daripada peruntukan ini?

Sejujurnya, admin merasakan dengan jumlah peruntukan yang diberikan itu, hasil yang diperolehi tidaklah sebegitu setimpal dengan hasil sebenar. Malahan bagi pandangan admin, cara penerangan kepada rakyat bawahan juga tidak dilakukan secara menyeluruh sehinggakan mereka lebih mudah termakan hasutan Pakatan Rakyat.

Ayuh kita lihat gerak kerja yang dilakukan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian rakyat untuk menyokong gerakan jahat mereka.


Di situ kita mampu melihat kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan rakyat bagi mempercayai setiap pembohongan mereka.

Berdasarkan maklumat yang admin terima, gerak kerja pemahaman GST yang dilakukan agensi yang dipertanggungjawabkan tidaklah sebegitu sistematik dan lebih tertumpu kepada kelompok tertentu.

Seharusnya, jika mahu diberikan tumpuan kepada kelompok tertentu, rakyat bawahanlah yang perlu diutamakan kerana mereka dihasut hebat kononnya merekalah golongan yang paling terkesan dengan perlaksanaan sistem percukaian GST ini.

Melalui video yang bakal admin kongsikan diakhir artikel ini, jelas terbukti bahawa kerajaan gagal untuk melantik pihak yang sewajarnya dalam memberikan penerangan berhubung perlaksanaan GST.

Maaf sekiranya admin terkasar, apakah Malaysia ini pada masa sekarang diperintah oleh barisan menteri kabinet yang bodoh sehinggakan perlantikan dan laporan yang diperolehi berhuhung penerimaan rakyat, diterima secara membabi buta tanpa diperhalusi kebenarannya?

Jika itulah kriteria yang diperlukan untuk menjadi menteri kerajaan Barisan Nasional, admin yakin dalam tempoh terdekat, tampuk pemerintahan negara akan digantikan dengan individu lain yang rakyat rasakan lebih memahami mereka.

Jom kita lihat kesan gerakkerja pihak yang menghabiskan RM 17juta bagi memberikan pemahaman kepada rakyat berkaitan perlaksanaan GST;


Post by APT.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400