Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

@gerakanmalaysia Adalah Gunting Yang Terhebat Dalam Lipatan @barisannasional ? @NajibRazak @khairykj @tunfaisal @drnovandri

$
0
0


Tahniah admin ucapkan kepada kepimpinan tertinggi Parti Gerakan kerana kesungguhan mereka memancing semula sokongan kaum cina terhadap parti itu, sedikit sebanyak mereka memperlihatkan taring sebenar mereka dalam geopolitik negara.

Segalanya bermula dengan kelancangan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yang mempertikaikan sistem hudud dan mengatakan bahawa golongan wanita dan kanak- kanak lebih mudah menjadi sasaran perogol sekiranya undang- undang itu dilaksanakan sepertimana laporan di bawah;





Sekalipun mahu menarik semula sokongan kaum cina, admin beranggapan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah keterlaluan kerana mempertikaikan hukum sebuah agama yang dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.

Malah, Gerakan tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan sistem hudud sekalipun sistem hudud yang dimaksudkan itu adalah hudud bawaan PAS!!

Seingat admin, sekalipun DAP secara terangan menentang perlaksanaan hudud, mereka tidak sesekali pernah menghina sistem perlaksanaan hudud sebagaimana yang dilakukan Parti Gerakan ini.

Kalaupun Gerakan mahu menunjukkan kesungguhan mereka untuk memenangi semula sokongan kaum cina, perlakuan menghina undang- undang hudud ini adalah sesuatu yang sudah amat keterlaluan.

Semalam, Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang pula mengeluarkan kenyataan seakan- akan parti tersebut senada dengan DAP apabila memperkatakan tentang tindakan susulan mahu dikenakan kerajaan terhadap penjawat awam yang menyertai perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei 2014 lepas.




Seharusnya, cadangan kerajaan yang mahu mengenakan tindakan tegas terhadap kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan Bantah GST Jumaat lepas disambut baik oleh parti komponen Barisan Nasional dan bukannya berlagak bagaikan jaguh mempertahankan musuh dalam selimut yang menyertai himpunan itu.

Sewajarnya, tindakan pemutihan telah lama dilakukan kerajaan terhadap penjawat awam yang membawakan ideologi haprak pakatan.

Tidak mustahil, individu- individu seperti mereka- mereka inilah yang membuatkan segala usaha kerajaan dalam memperkasakan perkhidmatan awam terbantut ditengah jalan.

Kenapa masih mahu dipertahankan musang berbulu ayam? Adakah parti Gerakan memperoleh manfaat daripada manusia seperti ini?

Jawapan sejujurnya, TIDAK!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400