Kegagalan Khalid Ibrahim untuk menunaikan sebahagian besar manifesto yang dicanangkan sebelum negeri Selangor jatuh ke dalam genggamannya semakin memualkan.
Jika Zuraida Kamaruddin pernah mengatakan bahawa hanya 5 janji pilihanraya yang masih gagal ditunaikan dan hanya akan ditunaikan selepas PRU13 sekiranya Pakatan Rakyat masih lagi pemerintah yang sah di Selangor, berdasarkan pengamatan yang dilakukan, jumlah kegagalan mereka untuk menepati janji yang dibuat pra PRU12 lalu adalah besar.
Mungkin berasaskan kesedaran itu, beberapa pelakon dilihat menerbitkan video satira bersifat mempersendakan keadaan yang berlaku dinegeri itu, malahan jika diizinkan, sedikit masa lagi admin bersama rakan- rakan dari Sekretariat Maya Pulau Pinang akan mengeluarkan pula senarai kebobrokan manifesto kerajaan DAP Pulau Pinang.
Nantikan pendedahan yang akan dilakukan kami semua apabila masanya tiba.
Sebelum itu, admin persilakan dahulu para pembaca setia blog ini untuk kenonton klip yang diterbitkan oleh sekumpulan artis ini.