Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Blog Berasaskan Agama Sifatkan Cara Penyampaian Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bukan Terbaik?!!!

$
0
0

Admin sempat membelek- belek kandungan daripada blog Kereta Mayat sebentar tadi. Admin amat tertarik dengan setiap garapan yang sering dibuat penulis yang selesa dikenali dengan nama Hamka itu.

Berdasarkan pengamatan admin, hasil penulisan dan garapan blog itu amat bermutu dan baik untuk dibaca semua lapisan masyarakat kerana setiap huraian yang dilakukan dilihat tidak bias kepada mana- mana parti melainkan berlandaskan pengetahuan agama yang dimiliki penulis.

Ikuti kupasannya seperti di bawah ini;

("Salam, Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan.Apa kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?") 
Di zaman permulaan islam dahulu, ugama berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.

Kita hari ini bila bercakap bab ugama, banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis bila bercakap bab ugama, Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna, Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita, akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?

Tak pernah dengar orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."

Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa. 
(KLIK DI SINI UNTUK BACAAN SELANJUTNYA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400