Sebentar tadi berlangsungnya 2 majlis ceramah politik serentak di Taman Ilmu, Nibong Tebal oleh dua calon DUN N21 Sungai Acheh bagi meyakinkan rakyat terhadap manifesto masing- masing.
Admin sempat memperoleh beberapa gambar yang menggambarkan dengan jelas penolakan rakyat terhadap Chegu Bard yang berusaha meraih sokongan rakyat tempatan.
Rakyat dilihat sudah mula bijak untuk memilih calon daripada kalangan penduduk tempatan untuk mewakili suara majoriti mereka di DUN N21 Sungai Acheh iaitu Dato' Mahmud Zakaria yang lebih selesa digelar Tok Mud berbanding Chegu Bard, orang luar yang cuba berlagak sebagai orang tempatan.
Berikut adalah gambar sambutan penduduk kawasan itu terhadap ceramah Tok Mud yang dianggarkan berjaya menghimpunkan sejumlah 150 orang berbanding ceramah Chegu Bard yang dilihat lesu dihadiri kurang 70 orang.
Untuk rekod, ceramah umum PKR di Taman Ilmu itu turut dihadiri oleh beberapa nama besar seperti Dr Azhar dan Senator Syed Syahir bagi menarik lebih banyak kunjungan rakyat.
Namun oleh kerana Pakatan Rakyat memang terkenal dengan slogan Manifesto Bukan Janji, maka siri ceramah mereka ini terus- terusan tidak menerima perhatian dari masyarakat setempat.
Mungkinkah gambar yang admin terima berhubung siri ceramah yang hambar ini sudah diedit terlebih dahulu sebelum dihantar bagi menunjukkan kurangnya sambutan? Nak dikatakan begitu, rasanya tak juga, sepanjang admin mengenali individu yang menghantar gambar tersebut, rasanya aplikasi whatsapp pun, admin yang ajarkan, mana mungkin dia pandai ber photoshop segala.
Berdasarkan artikel blogger MKP (KLIK SINI) yang mendakwa Chegu Bard ada menyogok rakyat semasa berkempen, mungkinkah mereka menggunapakai nasihat Nik Aziz yang diubah suai menjadi seperti di bawah...

MEREKA BERI KITA AMBIL, TAPI PANGKAH TENTUNYA BN