Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Jual Arak : Hadi Gelarkan Kelantan Tidak Islamik Di Bawah Nik Aziz?!!!

$
0
0


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat hipokrit apabila menjadikan isu penjualan arak sebagai bahan memburuk-burukkan UMNO sedangkan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas turut membenarkan penjualan minuman itu sejak sekian lama.

Dalam ceramah di Arena Square Kuala Kangsar di sini malam tadi, Abdul Hadi berkata, UMNO yang menunjangi pentadbiran Barisan Nasional (BN) gagal menunjukkan contoh pentadbiran Islam yang baik.

"Pas kata arak haram, judi haram, orang DAP kata arak halal, judi halal. Tidak jadi masalah. Yang kita pening UMNO kata kalau ada lesen halal, tidak ada lesen haram. Ini masalah, itu beza yang kita kena faham. DAP menghormati kita dalam masalah ini," ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan Pas Kelantan pernah mengakui tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri itu sebaliknya bertindak mengawal penjualannya di premis tertentu.

Walaupun arak masih lagi dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sebenarnya mengeluarkan permit bagi premis-premis tertentu yang menjualnya.

Malah, Pas Kelantan pernah menyatakan kesediaan untuk menimbang cadangan masyarakat Cina di negeri itu yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130428/px_46/PRU-13-Hadi-hipokrit-putar-belit-isu-arak#ixzz2RifGFG2c
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400