Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

#Blackout #505 : AMK Rayu @PDRMsia Jangan Libatkan Tentera?!!! Dah Gelabah Le Tu...

$
0
0

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menarik balik kenyataan yang meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul dalam perhimpunan Black 505 Sabtu ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata ini kerana penganjur perhimpunan 'Black 505' lusa telah memaklumkan kepada polis lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

Iskandar juga berkata kenyataan itu dilihat sebagai "melampau", sedangkan sebelum ini pihak penganjur telah memaklumkan kepada polis dalm tempoh lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

merupakan satu kenyataan yang menunjukkan bagaimana pasukan keselamatan tidak memahami makna kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan yang diterjemah melalui Akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis keliru dengan maksud kebebasan berhimpun seperti yang telah digubal oleh parlimen. Ugutan untuk menggunakan tentera sangat melampau dan kami mendesak untuk polis menarik balik kenyataan itu. 

"Daan kami tegaskan perhimpunan esok adalah aman, kami dah maklumkan notis 10 hari dan masih tak faham kenapa DBKL tak beri ruang untuk kami," katanya dalam sidang media di Ibupejabat PKR di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid semalam yang berkata PDRM telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

Katanya, polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut menganggarkan ra'tusan ribu rakyat Malaysia akan menghadiri kemuncak perhimpunan Blackout505' yang akan diadakan di Dataran Merbok, esok.

Malah, Shamsul berkata jumlah itu tidak mustahil umtuk dicapai kerana beliau percaya rakyat negara ini mahu menunjukkan ketidakpuasan hati mereka berhubung kecurangan keputusan pilihan raya lalu, selain pengalaman mengendalikan Bersih dan demonstrasi kebangkitan rakyat.

"Ini bukan kali pertama Pakatan Rakyat dan NGO dibawah PR terlibat dalam perhimpunan besar seperti ini, ini kali ke-enam selepas bersih, sebelum ini pun kita ada buat Perhimpunan Kebangkitan Rakyat."

"Saya tak fikir ada masalah besar dari segi mobilisasi rakyat untuk turun. Malah AMK sendiri memilih temat yang jauh dalam 8.5 km turun ke Universiti Malaya (UM) menuju ke Padang Merbok dan kami berhubung dengan pelajar UM untuk bergersk bersama-sama dalam satu tujuan membentuk kekuatan dan kesedaran politik." ~Antarapos

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400